Wikipedia

Search results

Tuesday 5 January 2016

JENIS-JENIS ORANG KURANG UPAYA

Orang kurang upaya ini dapat dikalsifikasikan berdasarkan jenis masalah yang mereka alami.
Kurang Upaya Pendengaran
Kurang Upaya Penglihatan
Kurang Upaya Fizikal
Masalah Pembelajaran
Kurang Upaya Pertuturan


Kurang Upaya Pendengaran

Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu:

Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa )

 Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB)
Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB)
Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB)


Kurang Upaya Penglihatan

Individu yang mengalami penglihaatan yang terhad padasebelah atau kedua belah matanya. Mereka memerlukan alatan sokongan untuk mengatasi masalah ini seperti menggunakan kanta pembesar dan alat bantu menglihat yang lain. OKU penglihatan ini boleh dikelaskan kepada beberapa kelas. Antaranya:

Buta
Penglihatan yang mana merekod 3/60 dari penglihatan biasa walaupun menggunakan alat bantuan penglihatan. Dan biasanya mereka merupakan golongan yang seratus peratus tidak melihat dengan baik. Medan penglihatan biasanya kurang daripada 10 darjah daripada yang telah diperbaiki. https://www.youtube.com/watch?v=xu11JXlpHFs







Penglihatan Terhad
Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 namun sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dengan bantuan penglihatan. Biasanya medan penglihatan mereka kurang dari 20 darjah yang telah diperbaiki.


Kurang Upaya Fizikal


Individu yang mengalami ke tidak upayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophydan cerebral palsy. Bagi kekurangan yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.https://www.youtube.com/watch?v=XRaAH-fOxFQ

Kurang Upaya Intelek atau Minda


Golongan ini merupakan golongan yang mengalami masalah pembelajaran. Hal ini disebab oleh masalah mental seperti autisme, disleksia dan sebagai yang mengalami masalah pembelajaran. Berdasarkan kajian yang dijalankan Fakulti Psikologi Universiti South Wales UK mendapati, kanak-kanak yang mengalami autisme dan disleksia mempunyai masalah untuk mengeja dan membuat pelbagai tugasan dalam satu masalah

Golongan ini dapat membangunkan kebolehan mereka sepanjang kehidupan mereka.


Kurang Upaya Pertuturan


Individu yang mengalami masalah untuk bercakap. Pada awalnya, masalah ini berlaku disebabkan oleh dua faktor:

1) Pembetukan kord vokal suara yang terbantu
2) Masalah pendengaran


Pembentukan kord vokal yang terbantut boleh menyebabkan seseorang tidak boleh menghasilkan bunyi yang sesuai untuk menyebut perkatan atau pu huruf

Masalah pendengaran atau pekak juga mampu mendorong individu ini untuk menjadi bisu. Mereka mempunyai suara untuk bercakap namun mereka tidak tahu bagaimana ingin menyebut atau cara sebutan sesuatu perkataan itu disebut. Golongan ini mampu bercakap jika mereka diajar dengan baik.

2 comments:

  1. Jika di bahagian jari tangan perlu menggunakan plate untuk membantu jari bergerak dan lurus akibat tulang hancur kemalangan..adakah ini dipanggil oku fizikal??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangan saya sebelah kanan patah kedua dua tulang..saya baru lepas operation masuk besi 12 skru..susah untuk saya membuat kerja..jadi..bantulah saya untuk membuat permohonan OKU jkm

      Delete