Wikipedia

Search results

Sunday 31 January 2016

KONSEP PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Antara sumbangn terbesar kerajaan dan paling awal di Malaysia ialah, penubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Ianya mula di perkenal di Malaysia pada tahun 1990. Sepanjang penubuhannya, masyarakat masa itu memberi respon yang baik terhadap fungsi dan peranan dan sehingga tahun 2001 sebanyak 243 PPDK telah ditubuhkan di seluruh negara. Dengan penglibatan sebanyak 5572 peserta. Dan sehingga 2011 sebanyak 6210 peserta telah dicatatkan. 


Konsep PDK telah perkenalkan di Mexico pada tahun 1960 di sebuah pekan kecil yang mana menamakan tempat itu sebagai Kampung Kanak-Kanak Istimewa. Fungsi dan peranannya dilahat sebagai sebuah usaha murni untuk menjaga golongan orang kurang upaya. Pada tahun 1980, World Health Organization (WHO) melihat konsep pemulihan ini menjadi satu alternatif yang baik dan pada tahun itu juga WHO menerbitkan manual panduan untuk Pemulihan Dalam Komuniti.

ESCAP (UN Economic And Social Commisions In Asia Pacific) telah memberikan panduan dan pendefinisian sebenar “pemulihan” yang dapat menjelaskan konsep sebenar PDK. Kerana PDK merupakn pendekatan berasaskan masyarakat. Maka konsep ataupun makna utama PDK pada hari ini membawa pamulihan dengan maksud pendekatan berasakan komuniti terhadap perlindungan, pemulihan, kesaksamaan dan peluang OKU.

Konsep ini telah diterima pakai oleh semua negara yang menjalankan PDK ini di negara mereka termasuk Malaysia. Makna komuniti dalam ini pula merujuk kepada penglibatan komuniti dalam menjadi pemudah cara dalam bentuk pekerja di PDK atau sukarelawan terbuka. 



Secara ringkasnya, PDK merupakan strategi pembangunan umum komuniti untuk pemulihan, kesaksamaan peluan dan sosial inklusif untuk semua OKU. Pusat Pemulihan Komuniti diimplimentasikan melalui gabungan usaha OKU dan komuniti sekelilingnya yang berkaitan dalam membantu dan meningkatkan taraf kehidupan mereka dan kemahiran mereka. https://www.youtube.com/watch?v=cG1b2dLYH2w

No comments:

Post a Comment