Wikipedia

Search results

Tuesday 19 January 2016

PENDIDIKAN ORANG KURANG UPAYA

Kepentingan sosial golongan minoriti ini juga menjadi bahan utama kerajaan dalam membantu OKU untuk terus membangun. Sama seperti orang lain, pendidikan merupkan wadah utama dalam pembangunan tamadun. Maka, pendidikan bagi golongan istimewa terus menjadi perhatian kerajaan.





Walaupun golongan ini merupakan golongan minoriti dalam keistimewaan tetap diberikan dalam pendidikan mereka. Walaupun silibus pembelajaran sama, namun teknik pembelajaranya berbeza dengan yang pelajar normal. Bagi pelajar yang mengalami masalah penglihatan, mereka akan menggunakan kanta pembesar, kertas yang lebih besar dan mesin taip braille bagi yang buta. Peruntukkan masa dalam peperiksaan juga dipanjangkan bagi memberi ruang bagi mereka untuk menjawab soalan dengan baik.
 

Di universiti pula, banyak program pendidikan yang berfokus pendidikan khas bagi melatih tenaga mahir dalam bidang pendidikan khas yang memfokuskan OKU. Sebagai contoh, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan program Ijazah Sarjan Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) sebagai satu langakh untuk memenuhi keperluan guru pendidikan khas di Malaysia. Ini sekaligus dapat menyelesaikan masalh guru yang tidak mahir dalam mengatasi pelajar yang berkeperluan khas.

Dalam peruntukkan 21 peratus bajet untuk pendidikan, 5 peratus dari jumlah yang diperuntukkan adalah untuk pelakanaan modul latihan dan silibus khas serta penubuhan sekolah pendidikan khas yang lebih banyak bagi golongan OKU. Ini merupakan langkah murni kerajaan dalam menjaga hal ehwal pendidikan OKU dengan lebih baik.

Sehingga hari ini, ramai pelajar OKU berjaya mencatatkan keputusan yang sanagt cemerlang dalam semua jenis peperiksaan di Malaysia. Ini menjadi peransang kepada kerajaan untuk terus meneroka kebolehan dan kemahiran yang ada pada OKU. Maka dengan itu, kerajaan menginterpretasikan rasa bangga itu melalui program dan peruntukkan untuk OKU dalam semua aspek bagi memastikan golongan ini tidak tepinggir dalam arus kemodenan. https://www.youtube.com/watch?v=SPCDU91YLvs

No comments:

Post a Comment